EN BM

Risiko Internet

Peta Laman

Risiko Internet

Berjaya Mutual Berhad ("Berjaya Mutual") bertanggungjawab untuk mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi bagi memastikan keselamatan maklumat yang diberikan, namun terdapat risiko di luar kawalan kami. Pengguna mungkin terdedah kepada risiko yang berkaitan dengan kegagalan perkakasan dan perisian. Oleh itu, pengguna harus sedar dan mengakui risiko menghantar maklumat sulit melalui laman internet seperti semasa melakukan sebarang transaksi dalam talian. Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna hendaklah sentiasa memastikan komputer peribadi yang digunakan selamat dan dilindungi daripada akses tanpa kebenaran dan/atau virus yang boleh mendedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga. Pengguna juga harus berwaspada terhadap penipuan e-mel dan lampiran yang mungkin cuba mendapatkan maklumat peribadi melalui cara yang tidak sah. Sila ambil perhatian bahawa sebarang komunikasi melalui laman web ini bukan melalui pautan peribadi atau selamat atau dalam bentuk yang disulitkan dan oleh itu tertakluk kepada bahaya biasa komunikasi Internet. Berjaya Mutual tidak dapat menjamin bahawa komunikasi ini tidak tertakluk kepada pemintasan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran.